Selepas dilahirkan, manusia berada dalam keadaan yang paling fragile. Yes, baby kita yang baru dilahirkan tu lah! Pendedahan kepada persekitaran yang penuh dengan mikrob di dunia berlaku sebaik sahaja bayi dilahirkan. Sistem imuniti badan bayi juga masih belum matang. How this baby can survive?
Kolostrum adalah hadiah terawal yang Allah sediakan buat
bayi manusia sebagai imunisasi pertama sebelum bayi mampu menghasilkan sel imun
oleh badannya sendiri. Imunisasi pertama sebelum menerima imunisasi-imunisasi
lain apabila semakin membesar!
Susu ibu adalah survival liquid untuk bayi comel kita!
Kandungan komponen sistem imun badan ini lebih tinggi di dalam kolostrum berbanding susu matang. Kandungan laktosa di dalam kolostrum juga lebih rendah berbanding di dalam susu peralihan dan susu matang, menunjukkan bahawa fungsi utamanya adalah sebagai komponen menghalang jangkitan (immunologic) berbanding untuk nutrisi.
Kandungan faktor tumbesaran (growth factor) yang lebih
tinggi di dalam kolostrum juga berfungsi sebagai protein bioaktif untuk
melapisi dinding laluan pencernaan, sistem saraf, sistem endokrin dan sistem
vaskular. Bertindak sebagai first self-defense terhadap jangkitan.
Titisan emas ini bukanlah hanya “susu pertama yang dihasilkan oleh badan ibu”, tetapi ianya MENGANDUNGI SEGALA NUTRISI yang diperlukan oleh bayi manusia pada hari-hari terawal kehidupannya di dunia.
Nutrisi yang lengkap.
Penciptaan kolostrum ini adalah salah satu bukti Maha Penyayang
dan baiknya Tuhan terhadap bayi manusia yang baru sahaja keluar ke alam dunia
dan amatlah terdedah pada jangkitan dan mempunyai organ yang masih belum
matang.
Allah Maha Baik.

.png)
.png)